Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPAD susun semula laluan bas di Jalan Ipoh
Diterbitkan:  Mar 15, 2016 6:58 AM
Dikemaskini: 11:03 PM

Beberapa laluan bas di Koridor Jalan Ipoh akan melalui proses Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti secara

berperingkat bagi meningkatkan tahap perkhidmatan penumpang di kawasan tersebut.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata laluan yang terlibat dalam proses penyusunan semula itu adalah Laluan 120 (Jinjang Utara-HAB Medan Pasar); 121 (Taman Sri Sinar-HAB Medan Pasar); 122 (Taman Ehsan-HAB Medan Pasar) dan T121 (Metro Prima-Bandar Baru Selayang).

"Keputusan dibuat berdasarkan pemantauan pihak suruhanjaya terhadap pengendali bas Setara Jaya serta maklum balas daripada penumpang berkenaan masa menunggu yang lama dan keadaan bas yang sesak," katanya.

Menurut kenyataan itu, penyusunan semula laluan 120 dan 121 akan berkuat kuasa hari ini dengan waktu operasi masing-masing bermula 5.30 pagi hingga 11 malam.

Laluan 122 pula telah diambil alih oleh Causeway Link sejak 19 Februari lalu dan waktu operasi bermula 5.30 pagi hingga 11 malam dengan kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

Bagi laluan T121, yang turut diambil alih oleh Causeway Link akan mula beroperasi pada 22 Mac ini.

Orang ramai boleh menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 untuk keterangan lanjut atau menyuarakan sebarang pandangan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS