MP Sabah: Putus hubungan diplomatik dengan Filipina
Diterbitkan: Mar 15, 2016 3:19 PM | Dikemas kini: Mar 15, 2016 4:12 PM
Malaysia perlu memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Filipina kerana negara itu membuat tuntutan yang berterusan ke atas Sabah, kata seorang ahli parlimen BN negeri itu.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata tindakan itu akan mengurangkan kebimbangan rakyat Sabah mengenai kedaulatan negeri mereka.
“Kalau boleh kita putus hubungan diplomatik oleh kerana dia tak ada peraturan menuntut Sabah.
“Putuskan hubungan diplomatik sama sekali, kalau tidak rakyat Sabah ketakutan sampai sekarang tak selesai lagi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Presiden Filipina Benigno S Aquino tahun lalu menyatakan bahawa Manila tidak akan melepaskan tuntutan ke atas Sabah.

