Tiada bank pelaburan uruskan dana 1MDB di Cayman
Tiada bank pelaburan atau investment bank yang pernah atau masih menguruskan baki pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman, kata Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis parlimen itu merujuk kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu jika bakinya AS$940 juta yang berbentuk “unit” sekarang di Kepulauan Cayman diuruskan oleh mana-mana firma pelaburan.
Beliau juga meminta penjelasan sama ada pelaburan ini dijamin oleh firma British Virgin Islands, “Aabar Investments PJS Limited” atau firma Abu Dhabi, “Aabar Investments PJS”.
Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan kedua yang dikemukakan secara langsung.
“Baki pelaburan unit tersebut telah ditetapkan atau ‘designated’ untuk ‘debt for asset swap’ bersama IPIC, iaitu sebahagian daripada Pelan Rasionalisasi 1MDB,” kata jawapan itu.

