Tiada tindakan lanjut (NFA) diambil terhadap kira-kira dua pertiga daripada anggota polis yang disiasat kerana disyaki terbabit dalam jenayah sepanjang tempoh lima tahun lalu.
Daripada 3,677 kes yang disiasat sepanjang tahun 2010 hingga 2015, sebanyak 2,312 kes telah ditanda sebagai 'NFA’ atau tiada tindakan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di parlimen.
Menurutnya, 521 anggota polis telah didakwa manakala 844 kes masih dalam siasatan.
Beliau berkata polis sebagai agensi penguatkuasan utama di negara ini mengamalkan prinsip ‘toleransi sifar’ terhadap jenayah dalam pasukan polis.
“Prinsip ‘zero toleration’ diambil terutamanya terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang didapati melakukan kesalahan jenayh bagi memastikan integriti pasukan polis sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat dan sentiasa digeruni oleh penjenayah.
“Siasatan akan dijalankan secara telus dan saksama tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang anggota tersebut apabila terdapat laporan atau aduan mengenai penglibatan dalam salah guna kuasa atau terlibat dalam aktiviti jenayah,” katanya.
[Baca berita penuh]
