Navaratnam: Perbezaan pendapat penting dalam amalan demokrasi
Perbezaan pendapat adalah penting kerana ia boleh membantu melahirkan dasar-dasar yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, kata Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Ramon V Navaratnam.
Perbezaan pendapat adalah penting kerana ia boleh membantu melahirkan dasar-dasar yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, kata Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Ramon V Navaratnam.
Berucap selepas melancarkan buku ketujuhnya "Winds of Change (Angin Perubahan) " di Kuala Lumpur hari ini, beliau menggalakkan debat umum untuk membantu pemimpin politik dan pemimpin kerajaan untuk mendapatkan maklumbalas dan mengetahui pandangan baru yang amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Beliau juga menegaskan mengenai pentingnya perubahan set minda supaya 'berfikiran lebih luas"
"Saya selalu bersikap kritikal dan berharap penilaian yang saya buat adalah bersifat membina," katanya merujuk kepada kandungan buku tulisannya itu.
Majlis pelancaran buku itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. Sebelum itu beliau merasmikan Persidangan Tinjauan Strategi Malaysia 2005 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategik Asia (Asli).
Navaratnam, yang juga ahli pengarah Asli, memuji Timbalan Perdana Menteri kerana memainkan 'peranan utama' dalam membantu mewujudkan perubahan dasar negara sejak 16 tahun lalu.
Debat membina
Mengenai bukunya itu, Pesuruhjaya Suhakam itu berkata ia bertujuan untuk membangkitkan perbincangan dan perbahasan yang membina mengenai dasar-dasar kerajaan di kalangan ramai.
Katanya, tentu ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan pandangannya dan menegaskan dalam suasana amalan demokrasi di negara ini, akan wujud p
erbezaan pendapat.
Buku tersebut, yang menurut Navaratnam bukunya yang terakhir, mengandungi analisa dan ulasan umum mengenai perubahan penting dalam dasar dan pembangunan yang berlakku ketika peralihan kuasa ((September 2003 - June 2004) di Malaysia.
Ia merujuk kepada penyerahan kuasa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurutnya, peralihan kuasa itu berjalan lancar yang jarang berlaku dalam negara-negara sedang membangun.
Pesuruhjaya yang berusia 70 tahun ini juga menerbitkan sebuah memoir mengenai pengalamannya berkhidmat dengan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang digelar "Bapa Pembangunan".
Navaratnam pernah memegang beberapa jawatan tinggi selama 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan kini menjadi pengarah beberapa syarikat.

