Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekir dibenar tangguh bayaran RM30j kepada bekas isteri

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan penggantungan sementara pembayaran mutaah M30 juta Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib kepada bekas isterinya Shahnaz A Majid.

Keputusan itu dimaklumkan kepada media oleh peguam anak bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebentar tadi.

"Pada hari ini Datuk Seri Mahmud Bekir telah mendapat perintah kebenaran untuk memfailkan penggantungan perintah di hadapan Pendaftar Mahkamah Nor Faiz Asfal Dato Abu Bakar.

"Mahkamah juga telah membenarkan supaya perintah tersebut (yang dikeluarkan mahkamah pada minggu lalu) digantung sementara menunggu permohonan penggantungan perintah didengar dan diputuskan," katanya.

Zainul Rijal juga memberitahu mereka akan memfailkan notis rayuan berkenaan Isnin ini.

Minggu lalu hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Mohamad Abdul Karim Wahab memerintahkan Mahmud Abu Bekir - anak kepada Tun Abdul Taib Mahmud - membuat pembayaran mutaah kepada Shahnaz.

Beliau mengarahkan bayaran - melalui tiga peringkat dengan RM10 juta setiap satu - mesti diselesaikan sebelum 31 Mac.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS