Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 500 orang yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, berhimpun di tengah-tengah panas terik untuk menyuarakan bantahan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka, yang kebanyakannya berpakaian warna merah, membawa sepanduk mengkritik Mahathir, dan menolak Deklarasi Citizens yang ditandatangani bekas perdana menteri itu pada 4 Mac lalu.

Salah satu kain rentang itu mendakwa Mahathir menjadi alat DAP, manakala satu lagi berbunyi "Dr M jangan jadi Melayu mudah lupa".

Mereka berkumpul di luar pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana pintunya ditutup.

Satu unit pasukan pencegah rusuhan ditempatkan di dalam kawasan yayasan tersebut.

Jamal berkata kumpulan itu terdiri daripada pemimpin kumpulan Gabungan NGO Malaysia, dari Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Beliau mendakwa terdapat 1,000 orang di situ untuk menyokongnya menghantar memorandum untuk menyatakan kekecewaan mereka terhadap Dr Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz, dan Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jamal menyerahkan memorandum itu kepada wakil Yayasan Kepimpinan Perdana dan orang ramai beredar 15 minit selepas bantahan itu diadakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS