Walaupun kerajaan berkata laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang amalan rasuah dalam kes SRC International, seorang pegawai kanan SPRM tidak mahu mengulas mengenainya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki tidak mahu mengulas mengenai perkara itu semasa dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman, dalam jawapan di Parlimen minggu lalu, mendedahkan bahawa siasatan SPRM itu membuktikan Najib tidak terlibat dengan rasuah dalam kes SRC.

[Baca berita penuh]