Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fahmi Reza – Kisah budak punk 'penghasut'
Diterbitkan:  Mar 21, 2016 2:14 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Wajahnya mungkin tidak begitu diingati, tetapi wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digambarkan seperti badut pasti sukar dilupakan dalam arena politik Malaysia.

Di belakang karya grafik itu, seorang anak muda punk 39 tahun Fahmi Reza.

Acah-acah Fahmi melalui seni bukanlah asing.

Beliau sebelum ini mengeluarkan buku mewarna ABC Politikus Malaysia tahun lalu, yang memaparkan ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang.

Bagaimanapun, siapa sangka latar belakangnya bukan dalam seni reka, tetapi bidang yang jauh berbeza, iaitu kejuruteraan elektrik.

Beliau menuntut untuk ijazah sarjana muda di Amerika Syarikat antara 1995 hingga 1999.

Di sana, Amerika turut mengajarnya tentang radikalisme dan muzik punk.

“Aku mula dengar lagu punk rock sejak 15 tahun,” katanya kepada Malaysiakini awal bulan ini.

“Muzik punk asasnya muzik protes, aku mula dengar muzik ini dan menyelami lirik-liriknya.”

Semangat DIY (lakukan sendiri) itu membuatkan beliau suka melakukan banyak perkara sendiri.

Aktivisme Fahmi ketika itu dalam gerakan anti-globalisasi di Amerika Syarikat.

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2000 ketika itu 23 tahun, Fahmi terlepas gerakan reformasi 1998/99.

Beliau bagaimanapun mahu belajar sesuatu tentang negara itu, yang kemudian membawanya berkhidmat dengan beberapa NGO, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia.

Dia kemudian dapati kempen-kempen NGO di Malaysia berdepan satu masalah.

“Semua NGO itu ada mesej penting untuk orang awam, tetapi mereka tiada bajet untuk reka bahan kempen. Risalah mereka tidak berapa menarik, orang mungkin buang saja.”

“Aku rasa kita boleh buat lebih baik,” katanya yang kemudian mula membuat rekaan untuk kumpulan-kumpulan itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS