Serangan Turki: Barat pandang ringan pengganas Kurdish?
Siri serangan dalam tempoh beberapa bulan terakhir dikatakan dilancarkan kumpulan bersenjata IS dan pejuang yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).
PKK ditubuhkan untuk menubuhkan sebuah negara Kurdish yang merdeka dan telah mengangkat senjata terhadap kerajaan Turki selama beberapa dekad.
Presiden Turki sendiri Recep Tayyip Erdogan (
gambar
) berkata, banyak negara barat menganggap PKK sebuah pertubuhan pengganas, tetapi tidak membendungnya seperti IS atau al-Qaeda, lapor
Al Jazeera.
Serangan terbaru pada Sabtu di Instanbul, pengebom berani mati menyasarkan kawasan jalan jualan yang ramai orang awam. Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan lebih 35 lagi cedera.
Menteri Dalam Negeri Turki Efkan Alasemalam menyalahkan IS dalam serangan itu.
Lima orang telah ditangkap setakat ini untuk membantu siasatan. IS bagaimanapun setakar ini tidak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.
Sebelum ini, serangan besar bom terhadap sebuah kereta berlaku di bandar raya Ankara pada 13 Mac yang mengorbankan 37 orang.
Kumpulan serpihan PKK, Helang Pembebasan Kurdistan (TAK) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Serangan Sabtu lalu yang keempat di Turki tahun ini. Angka kematian dicatatkan melebihi 80 orang.

