Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim minta SPRM segerakan siasatan
Diterbitkan:  Mar 21, 2016 3:00 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah beliau yang dilapor berharga RM2.8 juta.

Setiausaha politiknya, Wong Hon Wai berkata ketua menteri itu mengalu-alukan siasatan berkenaan bagi membuktikan tuduhan rasuah terhadapnya tidak berasas.

"Ketua Menteri akan memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan SPRM ini dan ingin meminta ia disegerakan agar dapat membuktikan tuduhan rasuah ke atas beliau adalah tidak berasas dan palsu.

"(Ini) semata-mata adalah satu serangan politik untuk “ character assassinate ” beliau," kata Wong dalam kenyataan media hari ini.

Justeru Wong merujuk kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa badan itu telah melakukan siasatan ke atas Lim sejak beliau mula menyewa rumahnya di Pinhorn Road pada 2009, sebelum membelinya pada 2015.

"Ketua Menteri ingin tahu hasil siasatan SPRM yang telahpun dijalankan begitu lama sama ada secara rasmi menerusi surat ataupun melalui pengumuman SPRM melalui media massa," katanya.

Menurut Wong, isu penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijalankan secara tender terbuka juga bukanlah isu baru dan pernah dicanangkan oleh parti lawan sebelum dan semasa pilihan raya umum 2013.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Lihat Komen
ADS