Wanita MCA hari ini membangkitkan persoalan sama ada mangsa rogol akan dikenakan tindakan sebat susulan cadangan untuk melaksanakan hukuman untuk pesalah zina secara terbuka.

Pengerusi Heng Seai Kie berkata terdapat laporan menunjukkan ia berlaku di negara luar yang mengamalkan pendekatan itu.

“Carian mudah di Google mendedahkan laporan berita Mahkamah Arab Saudi menghukum mangsa rogol beramai-ramai dengan 200 sebatan dan enam bulan penjara atau mangsa rogol di Aceh disebat di masjid.

“Terdapat beberapa laporan bahawa terdapat penguatkuasaan hukum hudud untuk menyebat dan memenjarakan mangsa rogol di Somalia, Somalia, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh,” kata pengerusi Heng Seai Kie.

Katanya, walaupun undang-undang syariah dikatakan untuk mendidik dan mencegah, hukuman secara terbuka hanya akan mengundang serangan lanjut seksual dan keganasan terhadap mangsa, berbanding pesalah.

Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang) pada 8 Mac lalu menyarankan kerajaan negeri mempertimbangkan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah zina sebagai langkah pencegahan serta menginsafkan rakyat.

Kerajaan Kelantan dilapor menyokong cadangan itu tetapi akan menelitinya terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.