Filem The 'Banglasia' oleh artis negara Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee diharamkan kerana ia mempersenda isu-isu keselamatan negara, terutamanya isu pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, filem itu juga memperlekeh keupayaan dan peranan pasukan keselamatan dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara.

“Mengandungi tohmahna dan persepsi negarif terhadap agensi kerajaan berhubung isu kewarganegaraan.

“Menonjolkan gaya hidup dan sosiobudaya negatif seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT),” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri, berkata filem itu tidak diluluskan kerana dikhuatiri akan menimbulkan kontroversi dan keraguan masyarakat.

Selain itu, katanya, filem ‘Banglasia’ juga mempunyai tajuk, jalan cerita, adengan dan dialog dwi maksud serta mempunyai mesej tersirat.

'Banglasia' menceritakan kisah sekumpulan individu dari latar pelbagai budaya yang datang bersama-sama dalam satu masa apabila toleransi budaya dan pemahaman sedang diuji.

Filem ini diharamkan pada tahun lalu.