Agensi penarafan kredit, Moody's Investors Services meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terus menerajui negara sehingga pilihan raya umum akan datang.

Walaupun berlaku perubahan kepimpinan, penganalisis kanannya, Christian de Guzman berkata perdana menteri baru akan tetap dilantik dari parti pemerintah BN.

Pertukaran, katanya tidak bermakna "perubahan segala-galanya" dalam andaian seperti pembangkang yang bakal berkuasa.

Menurut penganalisis, pembangkang yang berpecah, nampaknya tidak dapat menyatukan semua pihak dan mengambil kesempatan memberi tekanan kepada pentadbiran sekarang.

"Atas sebab itu kita fikir kerajaan BN akan terus berkuasa sehingga pilihan raya umum 2018," kata de Guzman dalam taklimat meja bulat media di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]