Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undang-undang tak benarkan tahanan rumah buat Anwar
Diterbitkan:  Mar 24, 2016 11:22 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention .

Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan.

"Cadangan untuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung membenarkan Anwar ditahan di rumahnya.

Selain itu, menjawab soalan berhubung membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu mendapat rawatan kesihatan di luar negara, Zahid berkata Akta Penjara 1995 dan Peraturan-peraturan Penjara 2000 menetapkan bahawa rawatan kesihatan seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan bukan hospital swasta di luar negara.

Zahid menjelaskan, Jabatan Penjara juga terikat dengan ketetapan Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995, hospital kerajaan turut mempunyai pakar yang mahir untuk merawat pesakit setanding di peringkat antarabangsa.

"Hospital kerajaan juga mempunyai pakar-pakar yang mahir dan peralatan yang cukup serta setaraf dengan rawatan di peringkat antarabangsa," kata Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri.

Lihat Komen
ADS