Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah di KL, Pulau Pinang ‘sangat tak mampu dimiliki'
Diterbitkan:  Mar 24, 2016 4:14 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Seorang pekerja bandar seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang perlu bekerja selama lima tahun - dan kemudian tanpa membelanjakan sesen pun - sekiranya mahu mampu memiliki rumah, menurut kajian Bank Negara Malaysia.

Bank pusat itu berkata, harga rumah adalah di luar kemampuan pekerja di negeri-negeri utama manakala terdapat terlebih penawaran untuk hartanah komersil.

"Harga rumah adalah sangat tidak mampu dimiliki di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Di pusat-pusat bandar di negeri-negeri utama, keadaan adalah lebih teruk," kata bank pusat itu.

Sebelum ini, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terbabit dalam perdebatan berterusan berhubung rumah mampu milik.

Lim berkata kerajaan negeri mengunakan paras RM400,000 mengikut piawaian kerajaan persekutuan, tetapi Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak pernah menetapkan harga untuk rumah yang dianggap sebagai berpatutan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS