Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li meterai Deklarasi Kelantan sokong Najib sebagai PM
Diterbitkan:  Mar 24, 2016 6:47 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tengku Razaleigh sebentar tadi menandatangani Deklarasi Kelatan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak,” kata Ketua Penerangan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dalam Facebook.

YBM TG RAZALEIGH HAMZAH sebentar tadi menandatangani DEKLARASI KELANTAN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO Dato Seri Najib Tun Razak...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Thursday, 24 March 2016

Komen Annuar itu dimuat-naikkan bersama-sama dengan beberapa gambar yang menunjukkan Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, menandatangani dokumen berkenaan dengan Najib dan Ahli Parlimen BN Kelantan yang lain.

Menurut Annuar, perisytiharan itu ditandatangani semasa mesyuarat antara Najib dan pemimpin BN Kelantan, yang turut menyampaikan senarai permintaan rakyat kepada perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS