Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen pembangkang dilarang memasuki Sarawak dan Sabah kerana mereka boleh mengganggu kesatuan negeri-negeri Borneo, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Joseph Kurup.

"Ini kuasa semata-mata kerajaan negeri apabila kerajaan negeri putuskan sedemikian untuk melarang YB masuk Sabah dan Sarawak.

"Itu sebenarnya mengekalkan perpaduan yang sedia ada kerana YB masuk (ke Sabah dan Sarawak) kami anggap sebagai untuk rosakkan perpaduan di situ," katanya ketika menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan itu berkata demikian ketika mengulas Teresa Kok (DAP-Seputeh), yang mengaitkan larangan itu dengan perpaduan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.

"Saya rasa perpaduan di antara Sabah dan Sarawak dengan semenanjung ini sangat penting," kata Teresa.

"Saya dan rakan-rakan dilarang masuk Sarawak untuk membantu pilihan raya Sarawak, saya dilarang masuk Sabah juga, negeri YB menteri dan tanpa alasan.

"Bukankah ini merosakkan keharmonian juga perpaduan antara Malaysia timur dan semenanjung," katanya.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) adalah antara pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Lihat Komen
ADS