Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Asakan bertubi-tubi ke atas DAP ketika masalah Najib memuncak'
Diterbitkan:  Mar 25, 2016 11:47 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

DAP kini diasak secara bertubi-tubi dengan serangan sistematik oleh BN dan Umno untuk mengalihkan perhatian daripada masalah mereka sendiri yang semakin memuncak, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata ini berlaku ketika berita skandal kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Deklarasi Rakyat tidak lagi boleh disembunyikan.

"DAP kini dijadikan sasaran serangan sistematik oleh pemimpin, tentera siber dan propaganda Umno /BN. Ia bermula dengan serangan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan diri saya," katanya pada ucapannya di sebuah majlis di Balakong, malam semalam.

Isu pembelian banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran oleh Guan Eng menjadi tajuk utama sejak minggu lalu.

Lim berkata, pembidas berkenaan cuba menyamakan isu berkenaan seperti apa yang terjadi kepada bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo yang disabitkan dengan kesalahan rasuah berhubung pembelian sebuah rumah juga.

"Tidak ada sebarang asas dalam membuat perbandingan itu," kata Lim.

Menurutnya, lelaki yang menjual dua lot tanah dan sebuah banglo pada harga RM3.5 juta kepada menteri besar Umno itu mengakui bimbang projek perumahannya di Selangor akan terjejas jika tidak berbuat demikian.

Manakala, pemilik banglo, Phang Li Koon yang menjual rumahnya kepada anak Lim secara rela membuat akuan bersumpah (SD) menafikan bahawa dirinya mempunyai urusan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS