Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali hari ini enggan mengulas berhubung kontroversi pembelian rumah rakan sejawatnya di Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Diajukan soalan itu oleh pemberita, beliau hanya membalasnya dengan senyuman dan jawapan ringkas.

"Tanya soalan mengenai majlis kita sahaja," katanya dan terus beredar selepas Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Mitigasi Dua di Rawang hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat itu itu setelah dilapor menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak.

Pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) meminta banglo Lim ( gambar ) di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, yang dibeli dengan harga RM2.8 juta dinilai memandangkan harga semasa lebih RM3 juta.

Shabudin mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Pemilik rumah Phang Li Koon dalam akuan berkanunnya berkata menjual banglo itu dengan rela hati.