Rakyat tak mahu dengar kerana fakta membosankan - 1MDB
Presiden 1MDB dan Pegawai Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy mendakwa rakyat tidak mempercayai penjelasan yang dibuat oleh firma pelaburan milik negara kerana fakta-fakta adalah membosankan, manakala dakwaan tidak berasas yang dibuat oleh ahli politik pula adalah 'seksi'.
"Antara 2009 dan Januari 2015, apabila saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya, saya akui sepenuhnya bahawa perkara mungkin boleh diperbaiki, terutama dari perspektif komunikasi.
"Bagaimanapun, sejak Januari 2015 dan seterusnya, kami banyak melibatkan diri dengan orang ramai.
"Malangnya, cabaran 1MDB yang sebenarnya adalah cabaran perniagaan tetapi telah dipolitikkan," katanya.
Arul Kanda yang temu bual oleh stesen radio BFM 89.9 pagi ini berkata ahli politik berlumba-lumba membuat tuduhan tanpa merujuk kepada fakta mahupun menawarkan sebarang bukti kerana ia adalah ‘seksi’.
"Anda tentu tahu, fakta adalah membosankan dan rakyat tidak mahu mendengarnya," kata Arul Kanda.

