KJ: Terpulang pada Guan Eng mahu cuti atau tidak
Diterbitkan: Mar 26, 2016 1:16 PM | Dikemas kini: Mar 26, 2016 1:31 PM
Ia terpulang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membuat keputusan sama ada mahu mengambil cuti sementara menunggu siasatan ke atasnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Terpulang kepada beliau," katanya sambil menambah bahawa gesaan itu telah dibuat oleh banyak pihak.
Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur selepas menghadiri program kesedaran mengenai disleksia hari ini.
Lim didakwa membeli rumah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, di bawah harga pasaran.

