Haron Din makin stabil, tak lagi di ICU
Diterbitkan: Mar 27, 2016 5:49 PM | Dikemas kini: Mar 27, 2016 5:50 PM
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan semakin stabil dan masih menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN).
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Haron kini sudah ditempatkan di wad biasa tapi masih dalam pemantau rapi doktor.
"Daripada maklumat yang saya dapat (semalam), keadaan beliau bertambah baik dan stabil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini , hari ini.
Selasa lalu, Haron dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada.
Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

