Kerajaan Switzerland masih belum menghantar maklum balas rasmi permintaan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) dalam siasatan ke atas 1MDB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata permintaan bantuan bersama telah dibuat pada 4 Febuari, hari yang sama Jabatan Peguam Negara menerima permintaan MLA itu.

"Namun demikian sehingga kini, maklum balas rasmi belum diterima daripada kerajaan Switzerland," kata Nancy dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang meminta perdana menteri menyatakan apakah maklumat yang diminta oleh Peguam Negara Switzerland dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.

Pejabat Peguam Negara Switzerland mengesyaki bekas pegawai Malaysia dan individu yang tidak dikenali terlibat dalam penyelewengan ASS$ 4 bilion daripada 1MDB.

Walau bagaimanapun pejabat itu berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan suspek dalam siasatan mereka.

Najib juga telah menafikan sebarang salah laku dalam skandal 1MDB.

[Baca berita penuh]