Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adakah mafia mentadbir negara ini, soal Mat Sabu
Diterbitkan:  Mar 29, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Apakah negara ini ditadbir oleh kumpulan mafia berikutan beberapa kes bunuh, seperti pembunuhan kejam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, soal Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.

“Kita tidak mahu negara kita ditadbir seperti ini. Sekarang kita lihat cakap pandai sikit buang, (bekas) peguam negara (kena) buang, DPP (timbalan pendakwa raya) jumpa mayatnya dalam tong drum, timbalan pengarah kastam ditembak di Putrajaya.

“Tuan-tuan tak takut hidup di Malaysia,” katanya kepada hadirin di perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Pandan Indah, Ampang, malam semalam.

"Orang yang mula-mula tubuhkan 1MDB di Terengganu ditembak di hadapan rumahnya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tanpa mengulas lanjut.

“Tuan-tuan tak tanyakah hari ni, adakah Malaysia ditadbir oleh kumpulan mafia sekarang.

“Tuan-tuan tak tanya kenapa mayat Altantuya hancur jadi debu, kenapa TV3 tak beritahu.

“Altantuya yang cantik dibunuh, kenapa kalau tak mahu hantar sini,” katanya yang terkenal sifat selorohnya sambil disambut dengan gelak ketawa hadir tetapi cepat dicelahnya dengan berkata “bukan hantar (kepada) saya.”

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau juga terkejut dengan cara media asing melaporkan bagaimana Altantuya dibunuh.

Mat Sabu meneruskan selorohnya dengan berkata pemimpin pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak kerana kerajaan negeri takut masyarakat Iban akan jatuh cinta dengan mereka.

“(Saya pun) tak boleh pergi Sarawak, takut orang Iban jatuh cinta pada saya, kesian..,” katanya.

Mengambil contoh isu-isu kontroversi seperti Mara dan Lembaga Tabung Haji, Mat Sabu berkata kes berkenaan membabitkan pemimpin Melayu menipu masyarakat mereka sendiri.

“Yang tipu itu semua Melayu - Melayu (Datuk Seri) Najib (Razak) , Melayu (Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom), Melay (Datuk Seri) Ahamd Zahid Hamidi.

“Melayu-melayu inilah yg curi harta negara,” katanya.

Beliau juga menyalahkan pemikiran sempit sesetengah individu yang menuduh masyarakat Cinamenympan pendam untuk memerintah negara ini.

“Ini fikiran sempit perkauman, nanti Cina perintah Malaysia.

“Cina sekarang 23 peratus, kahwin pun malas, beranak pun kurang. Mana Teresa Kok belum nikah lagi, Tian Chua rambut putih dah tak nikah lagi, Anthony Loke belum nikah lagi.

“Melayu beranak ramai tapi takut Cina perintah Malaysia. Ini bohong tapi (ramai) percaya,” katanya sambil terus disambut gelak ketawa hadirin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS