Bantahan anjuran Badan Peguam Malaysia di hadapan ibu pejabat Bukit Aman petang ini menyaksikan kehadiran hanya kira-kira 30 orang, termasuk juga beberapa aktivis.

Ini sebalik tindakan Majlis Peguam mengeluarkan pekeliling meminta peguam supaya menghadiri bantahan terhadap apa yang didakwa sebagai gangguan atau campur tangan polis dalam urusan mereka,

Polis sedang merakam kenyataan tiga peguam berkaitan usul yang dibentangkan mereka pada mesyuarat agung tahunan ke-70 Badan Peguam Malaysia pada 19 Mac lalu.

Usul itu membincangkan kedudukan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana enggan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung deposit di akaun bank peribadinya.

Mereka yang diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman hari ini adalah Charles Hector, Francis Pereira dan R Shanmugam.

Mereka memasuki ibu pejabat polis pada kira-kira 2.40 petang.

Polis juga telah merakamkan kenyataan setiausaha Majlis Peguam, Karen Cheah awal hari ini di sekretariat Badan Peguam.

Kenyataan keempat-empat mereka itu adalah mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, bagi maksud penyiasatan yang berbangkit daripada aduan berkenaan dengan Seksyen 4 (1) (a ) Akta Hasutan 1948.

[Baca berita penuh]