Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh PRU S'wak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Katanya mesyuarat itu akan diadakan selepas SPR menerima notis pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Yang Dipertua DUN Sarawak bagi menentukan tarikh penamaan calon, hari undi awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang digunakan.

"SPR hendaklah mengadakan pilihan raya tersebut dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN Sarawak," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Hashim berkata maklumat lanjut mengenai urusan PRN Sarawak itu akan dibuat dari semasa ke semasa.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April untuk memberi laluan PRN ke-11.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS