Harga petrol naik 10, RON95 jadi RM1.70
Diterbitkan: Mar 31, 2016 7:51 PM | Dikemas kini: Mar 31, 2016 8:07 PM
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Ini bermakna harga baru RON95 akan menjadi RM1.70 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.05 seliter.
Bagi diesel, ia akan menyaksikan peningkatan sebanyak 20 sen menjadi RM1.55.
Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.
Harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$30 setong pada bulan lalu dan mencatatkan harga AS$38.30 setong pada masa berita ini disiarkan.
Ia pernah jatuh kepada AS$26.10 setong pada bulan Februari.
[Baca berita penuh]

