Akhirnya WSJ akui dana dari Saudi, kata SU Najib
The Wall Street Journal (WSJ) akhirnya mengakui wang diterima Datuk Seri Najib Razak berasal daripada derma Arab Saudi, kata setiausaha akhbar perdana menteri.
Bagaimanapun, kata Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, penerbitan itu enggan mengakuinya susulan takut berasa malu.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan WSJ hari ini yang menyebut sekitar AS$200 juta daripada AS1 bilion dalam akaun peribadi Najib datang daripada Arab Saudi.
Tengku Sariffuddin tidak menyentuh dakwaan WSJ bahwa penyiasat percaya “majoriti” dana itu datang daripada 1MDB.
Beliau juga tidak menyentuhadakwaan bahawa anggota keluarga Najib membelanjakan wang untuk percutian, membeli-belah dan barang kemas.
“Hari ini, untuk kali pertama, The Wall Street Journal terpaksa mengakui bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang didermakan kepada perdana menteri datang daripada Arab Saudi.
“Hampir setahun, WSJ menafikan bahawa dana itu datang daripada Arab Saudi, dan menyerang pihak yang mencadangkan sebaliknya,” katanya.

