Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bukan RM2,500 setiap enam bulan, tapi bantuan kematian'
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 5:30 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa ia memberikan wang bantuan RM2,500 setiap enam bulan kepada anggotanya.

Sebaliknya, KWSP menerusi Jabatan Hal Ehwal Korporatnya menjelaskan bahawa bayaran RM2,500 itu adalah bantuan kematian yang akan diberikan kepada waris pencarum yang meninggal dunia, semasa permohonan pengeluaran kematian dibuat.

"Bantuan Kematian itu hanya akan diberi sekali sahaja berdasarkan syarat-syarat yang diberikan.

"Anggota KWSP mesti warga Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun semasa tarikh kematian dan permohonan pengeluaran kematian perlu dibuat dalam tempoh enam bulan daripada kematian anggota," kata KWSP dalam kenyataan hari ini.

KWSP memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu tentang KSWP sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap anggotanya.

Anggota boleh merujuk kepada KSWP atau melayari laman web www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenainya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS