Menteri: Pemfitnah berhutang maaf dengan PM
Perdana menteri menjadi mangsa ketidakadilan melampau di media dan 'disabitkan' di mahkamah pandangan awam, semata-mata berdasarkan dakwaan, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Justeru, kata menteri komunikasi dan multimedia itu, pihak yang memfitnah Datuk Seri Najib Razak harus memohon maaf.
Bagaimanapun, katanya, “sudah tentu kita tahu perkara ini tidak akan berlaku”.
Salleh berkata, sejak laporan The Wall Street Journal bertajuk " Malaysian investigators believe money flowed to Najib's accounts " di tengah-tengah siasatan terhadap 1MDN pada Julai 2015, Najib sudah diserang oleh media dalam dan luar negara.
“Dan beliau diancam sebagai bersalah, sehingga dan melainkan beliau boleh membuktikan tidak bersalah, yang seperti mana diperkatakan oleh (Tun) Mahathir Mohamad,” katanya.

