Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan bahagian tertentu dari pembelaan Malaysiakini, telah ditangguhkan hari ini di Mahkamah Tinggi Seremban.

Ia selepas Hakim Datuk Kamaludin Md Said membenarkan permohonan peguam Pavendeep Singh untuk penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan supaya Kamaludin menarik daripada mendengar kes tersebut.

Pavendeep yang mewakili portal berita itu memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Kamaludin bersetuju dengan hujah beliau bahawa isu berat sebelah perlu ditangani.

[Baca berita penuh]