Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri akui model 1MDB tak mapan dari awal
Diterbitkan:  Apr 4, 2016 12:17 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilaporkan mengakui bahawa model 1MDB tidak mapan dari awal-awal lagi.

"Model yang mereka ambil adalah modal rendah dan pinjaman yang besar, dan saya fikir kerana mereka tahu, ia bukan satu model mampan.

"Dengan itu datang kesedaran hutang, di mana ahli lembaga kini telah memulakan pelan rasionalisasi," beliau dilaporkan memberitahu penyiar Amerika CNBC pada Isnin.

Wahid merujuk kepada pelan rasionalisasi hutang 1MDB dilancarkan pada Mei tahun lepas.

Antara lain, ia melibatkan penjualan aset 1MDB kepada China General Nuclear Power Corporation, dan kepentingan 1MDB di Bandar Malaysia kepada China Railway Engineering Corporation.

Menurut presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada 31 Disember tahun lalu, ini mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM39 bilion kepada RM42 bilion.

Sementara itu, Abdul Wahid dilaporkan memberitahu CNBC bahawa 1MDB juga luar biasa dalam fakta bahawa ia dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan bukannya syarikat yang disenaraikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS