Syarikat milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada parlimen Khamis lalu, Najib berkata 1MDB tidak pernah gagal membayar hutang termasuk faedah ke atas pinjaman.

Menjawab atas kapasitinya selaku menteri kewangan, Najib berkata sebanyak RM5.8 bilion daripada hutang syarikat itu dijamin oleh kerajaan.

Najib menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) mengenai hutang tertunggak 1MDB dan jumlah hutang yang dijamin oleh kerajaan.

[Berita penuh menyusul]