Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menghantar mesej bercampur-baur mengenai hubungan kerajaan BN dengan Umno, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

"Adenan ibarat tampar muka sendiri. Pada sayu pihak, dia berkata (Perdana Menteri) Najib (Razak) dan Umno tiada kaitan dengan pilihan raya, "kata Chong kepada pemberita di Kuching hari ini.

"Pada pihak lain, beliau minta Najib datang ke Sarawak setiap hari. Adakah dia (Najib) bawa masuk lebih banyak wang?"

Minggu lalu, Adenan menyifatkan Najib sebagai "ikhlas" dalam komitmennya untuk membantu negeri itu dalam mengecapi pembangunan.

Beliau berkata pembiayaan persekutuan akan membolehkan pembinaan lebih banyak sekolah, jalan raya, dan institusi kesihatan di kawasan luar bandar dan juga bandar.

"Perdana Menteri paling memahami dan berfikiran terbuka apabila kita menimbulkan isu negara seperti autonomi yang lebih luas ..." kata Adenan selepas menerima kunjungan perdana menteri di Miri pada Jumaat lalu.

Najib membuat satu lagi kunjungan ke Kuching pada Ahad lalu - lawatan kedua sejak pengumuman Khamis lalu bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan pada 11 April ini.

Najib telah melawat Sarawak sebanyak 51 kali sejak mengambil alih jawatan - paling kerap berbanding perdana menteri lain.

[Baca berita penuh]