Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus wujud selagi Umno kekal berkuasa.

Presiden Umno itu berkata MARA tidak mungkin wujud tanpa parti yang memperjuangkan nasib Melayu itu.

"MARA lahir daripada siapa? Umno, jadi tanpa Umno tak mungkin MARA akan wujud.

"(Datuk Seri) Ismail Sabri cakap MARA akan terus wujud selagi ada bulan dan matahari tetapi saya nak kata MARA akan wujud selagi Umno berkuasa," kata Najib ketika berucap merasmikan sambutan 50 tahun MARA, di Kuala Lumpur hari ini.