Naib Ketua Pemuda AMANAH direman dua hari
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini telah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir Mohd Ithnin.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil yang juga seorang peguam, memberitahu Malaysiakini bahawa polis memohon reman selama empat hari.
"Bagaimanapun, majistret hanya beri dua hari sehingga esok (April 6)," katanya.
Shazni ditahan oleh polis Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Beliau juga sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Shazni dilaporkan sebagai berkata BN hanya boleh ditumbangkan melalui rusuhan besar-besaran. Bagaiamnapun beliau menafikan membuat kenyataan itu dan telah memfailkan satu laporan polis.
Satu perrhimpunan nyalaan lilin diadakan oleh kira-kira 40 orang malam tadi.

