Sebagai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berjaya menarik sekurang-kurangnya 100,000 peserta ke perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan 9GST) yang diadakan di ibu negara, Sabtu lalu.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz memperlekehkan jumlah hanya kira-kira 2,000 yang hadir itu.

Nazri berkata Mahathir sekarang menggalakkan rakyat untuk turun ke jalanan apabila beliau sendiri tidak membenarkan mereka berbuat demikian semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Saya rasa dia rindui sesuatu semasa menjadi perdana menteri, dia sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan besar. Apa yang dia rindui atau tidak benarkan semasa dirinya adalah perdana menteri - dia mesti menyesal sekarang," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Menurut Nazri, semasa dirinya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri beliau telah membentangkan Akta Perhimpunan Aman di Parlimen dan beliau percaya Mahathir mungkin sedar bahawa dirinya sepatut melakukan perkara sama semasa menjadi perdana menteri.

"Hakikat bahawa dia menyertai demonstrasi dan semua itu; (adalah) dia mendekati perhimpunan aman, walaupun pada pemerintahnnya dia tidak membenarkannya.

"Sekarang sebut sahaja akan ada demonstrasi minggu depan, dia pasti akan datang. Ia bermakna bahawa dia menyesali apa yang dia lakukan pada masa lalu dan kini mengakui ia kesilapan besar di pihaknya," kata Nazri.

[Baca berita penuh]