ADUN Indera Kayangan dari PKR Chan Ming Kai hari ini ditahan polis kerana membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan perumahan di kawasannya.

Dalam catatan di Facebook, Chan berkata beliau ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kunci keretanya turut dirampas polis.

ADUN itu melakukan protes dengan duduk di bangku plastik di bawah payung di tapak pembinaan yang dicadangkan di Taman Mutiara / Taman Jaya Diri bermula 8 pagi hingga jam 3 petang semalam.

Penduduk mula menemaninya apabila mereka berasa kasihan melihat dia duduk bersendirian di bawah terik matahari, lapor akhbar berbahasa Cina Kwong Wah .

Beliau kembali hari ini untuk meneruskan bantahan tetapi ditahan polis atas dakwaan menganggu tugas penjawat awam.

"Perlis Comm tiada permit khas dari PTG (Pejabat Tanah dan Galian) untuk guna tanah pertanian bina menara. Polis kalau nak tahan saya bawah seksyen 188 penal code perlu ada warrant ," katanya di Facebook pagi ini.

Perlis Comm Sdn Bhd adalah anak syarikat negeri yang aktiviti utama adalah untuk membina menara telekomunikasi.

Saya menegas sekali lagi. Perlis Comm tiada permit khas dari PTG untuk guna tanah pertanian bina menara. Polis kalau nak...

Posted by Chan Ming Kai on 5hb April 2016