Bekas juruaudit 1MDB, Ernst & Young (EY) dan KPMG telah digantikan selepas berkeras melihat dokumen mengenai beberapa urusan dana syarikat itu, menurut penemuan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Laporan PAC itu berkata KPMG telah memutuskan untuk mengeluarkan laporan audit berkelayakan 1MDB untuk laporan kewangan 2013, tetapi firma audit itu tiba-tiba diganti dengan Deloitte.

Laporan itu menyebut berdasarkan minit mesyuarat antara 1MDB dan Tetuan KPMG pada 29 November 2013, ketua eksekutif 1MDB pada masa itu Mohd Hazem Abd Rahman cuba meyakinkan Tetuan KPMG mengenai pelaburan berkenaan.

Bagaimanapun, Tetuan KPMG tidak berpuas hati jika tiada apa-apa keterangan berdokumen.

Dalam mesyuarat lembaga 1MDB pada 9 disember, Hazem dimaklumkan bahawa Tetuan KPMG tidak berpuas hati dan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada maklumat oleh pengurusan 1MDB boleh diterima dan mencukupi bagi maksud audit, atau untuk mengeluarkan pendapat berkelayakan.

KPMG telah memilih untuk mengeluarkan pendapat yang berkelayakan, menurut laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Oleh kerana pertikaian semakin meningkat antara KMPG dan 1MDB, laporan itu berkata 1MDB memberitahu KMPG untuk mendapatkan penjelasan daripada pengurus dananya Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global) di Kepulauan Cayman.

[Baca berita penuh]