Akta baru pelihara hak bumiputera ketika TPPA
Kerajaan akan memperkenalkan satu akta baharu yang bakal memelihara hak bumiputera apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan kelak.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata akta yang akan dikenali sebagai Akta Syarikat Pemilikan Kerajaan itu bertujuan untuk memastikan syarikat milik kerajaan dan berkaitannya dapat bersaing secara adil dengan syarikat asing.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang berbincang bersama Pejabat Peguam Negara bagi penubuhan Akta itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh empat tahun lagi.
"Akta tersebut bakal membantu syarikat berkaitan kerajaan termasuk Khazanah dan Petronas untuk mematuhi perjanjian TPPA," kata Mustapa.
- Bernama

