Dalam tempoh tiga hari, seorang lagi ahli politik pembangkang dari Semenanjung dilarang memasuki Sarawak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam tweetnya berkata, exco kerajaan negerinya Datuk Abdul Malik Abul Kassim dilarang memasuki Sarawak selepas langkah yang sama dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan pencipta maskot UBAH, Ooi Leng Hang.

Ketika dihubungi Abdul Malik berkata beliau masih 'sibuk' di lapangan terbang Kuching dan akan mengulas lanjut berhubung perkara itu selepas ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa ADUN Batu Maung itu tiba di Kuching pada jam 9 pagi ini.

Menurut Sim, Abdul Malik telah dihalang memasuki Sarawak di bawah Seksyen 65 (i)(a) Akta Imigresen 1959/63

Notis untuk menghalang Abdul Malik telah ditandatangani oleh Pengarah Imigresen Sarawak Dayang Napiah Ahmad.

Sarawak menjadi negeri yang berautonomi dan ia merupakan sebahagian daripada 18 perkara dalam perjanjian apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963.

Anggota parlimen pembangkang bagaimanapun berpendapat dasar itu telah disalahgunakan oleh kerajaan negeri.

[Baca berita penuh]