Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti undang Zakir Naik ke Perlis, Raja Muda beri perkenan
Diterbitkan:  Apr 11, 2016 4:51 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abdidin hari ini membuka pintu seluasnya kepada pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik untuk datang berceramah ke negeri itu.

Malah, Asri berkata kehadiran pendakwah antarabangsa itu juga sudah mendapat perkenan Raja Muda Perlis.

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis. Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, insya-Allah Perlis terbuka untuk beliau.

“Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya,” kata Asri dalam laman Facebooknya.

Asri berkata demikian selepas beberapa pihak membantah siri jelajah Dr Zakir Naik ke negara ini.

Beliau sebelum ini berkata Zakir Naik terkenal sebagai tokoh perbandingan agama dan tidak pernah mengajak ke arah permusuhan agama.

“Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat ‘intelectual discourse’ ,” kata Asri,

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memaklumkan pihaknya telah mengarahkan penganjur membatalkan majlis berkenaan kerana mengganggu gugat ketenteraman awam dan berunsur sensiviti keagamaan.

Khalid juga berkata pengajur majlis itu telah dipanggil ke Bukit Aman.

Zakir dijadual berucap menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan antara agama Hindu dan Islam' pada 17 April ini di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Beliau yang pernah diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 kini di Terengganu untuk menghadiri beberapa acara di bawah jemputan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Lihat Komen
ADS