Semua yang terlibat dalam melakukan pembayaran dari 1MDB kepada syarikat yang didakwa palsu, Aabar seharusnya disiasat dan ditahan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

"Kami meminta Polis Diraja Malaysia bertindak segera untuk menyiasat dan menahan semua pihak yang terlibat dalam penipuan besar-besaran yang digelarkan sebagai "Rompakan Abad ini" oleh Sarawak Report," jelas Pua dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumumman oleh International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investments PJS yang mempunyai kaitan dengan British Virgin Islands-firma ditubuhkan Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pada minggu lalu, menyatakan bahawa tiada bukti berkenaan Aabar BVI, atau Aabar Ltd dalam laporan itu, mempunyai apa jua kaitan dengan IPIC atau Aabar Investment PJS.

1MDB telah membayar RM4.24 bilion (sekitar AS$1.367 bilion) kepada abar BVI sebagai deposit sekuriti pada 2012, tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.

Firma tersebut mempersoalkan masa pengumuman IPIC semalam, yang mana Pua sifatkan sebagai masa yang tepat.

"Masa pengumuman IPIC tidak mengejutkan kerana Reuters telah melaporkan 2 bekas pegawai utama IPIC dan Aabar, Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi."

Penggubal undang-undang DAP itu berkata dolak-dalih 1MDB dalam isu tersebut menumbulkan keraguan melampau.

"Tampak secara jelas bahawa terdapat pihak-pihak dalam 1MDB yang bersekongkol dengan bekas pegawai tertinggi IPIC untuk menyamun berbilion ringgit," tambah beliau.

Selain AS$1.367 bilion, turut dilaporkan bahawa 1MDB telah membayar AS$993 juta lagi kepada Aabar pada 2014, bagi membatalkan opsyen yang diberikan kepada IPIC untuk membeli kepentingan dalam stesen janakuasa mereka.

The Wall Street Journal telah melaporkan IPIC tidak pernah menerima AS$2.4 bilion, menurut pegawai-pegawai firma berkenaan.

1MDB, di sisi lain pula, bertegas bahawa mereka telah membuat bayaran terkenaan berdasarkan penyata kewangan.