Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Henti serangan peribadi, heret orang kaya
Diterbitkan:  Apr 13, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu menamatkan permusuhan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau juga memohon sokongan daripada kelas ‘atasan’ seperti bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin untuk menjayakan apa yang digelarnya sebagai pergerakan 'Selamakan Malaysia'.

Zaid berkata, beliau akan mencadangkan rancangan berkenaan kepada Mahathir tidak lama lagi.

"Tidak akan ada lagi kenyataan negatif mengenai Anwar oleh pemimpin pergerakan ini, termasuk daripada Mahathir.

"Malah, tidak akan ada lagi serangan peribadi dalam apa jua bentuk, termasuk dari penyokong Anwar dan orang yang disayangi terhadap Mahathir. Cukuplah, cukup," tulisnya dalam blog hari ini.

Pada temu bual dengan The Australian , Mahathir berkata Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri Malaysia yang seterusnya.

Bekas perdana menteri itu juga berpegang teguh dengan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya pada tahun 1998 dengan mendakwa Anwar sebagai "tidak bermoral."

Mengenai cadangan mendapatkan sokongan kelas atasan, Zaid berkata rayuannya kepada rakyat Malaysia tidak mendapat sumbangan yang mencukupi untuk program pertama mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS