Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasatan a'bangsa 1MDB boleh sebabkan tangkapan di M'sia'
Diterbitkan:  Apr 13, 2016 8:36 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Siasatan antarabangsa terhadap 1MDB boleh menyaksikan pendakwaan atau ekstradisi ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah, kata peguam Syahredzan Johan.

"Jika pada penghujung hari, mereka dapati bukti bahawa seseorang melakukan kesalahan, maka mereka pasti boleh mengenakan tuduhan.

"Walaupun orang berkenaan bukan warganegara negara itu, sama seperti jika terdapat bukan warganegara di sini yang melakukan kesalahan, pihak berkuasa di sini boleh mengambil tindakan," kata Syahredzan, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jika seseorang itu bukan berada dalam bidang kuasa mereka, beliau berkata penyiasat antarabangsa akan meneroka cara-cara untuk mendapatkan mereka, termasuk kemungkinan mendapatkan perintah ekstradisi.

Katanya, permintaan ekstradisi juga boleh dibuat untuk kesalahan jenayah kewangan, walaupun ia bergantung jika terdapat perjanjian ekstradisi antara negara berkenaan dengan Malaysia.

"Jika tidak ada perjanjian, dan jika permohonan ekstradisi dibuat, maka terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri sama ada untuk memenuhi permintaan itu," katanya.

Beliau mengakui bahawa terdapat banyak "andaian" dan adalah sukar bagi beliau membuatsebarang penilaian atau kenyataan mengenai tindakan undang-undang yang sewajarnya.

"Tetapi saya boleh kata, jika pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan, sama ada dengan menolak permintaan bagi bantuan bersama undang-undang (MLA) atau ekstradisi, ini akan kelihatan benar-benar buruk kepada kita.

"Ia akan kelihatan seolah-olah kita cuba menyembunyikan sesuatu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS