Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita rentung kereta terbabas dan terbakar
Diterbitkan:  Apr 14, 2016 3:27 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Seorang wanita rentung manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan di KM246 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Rembau, dekat Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Nurul Aida Ibrahim, 30, yang memandu kereta jenis Perodua Kenari, maut manakala rakannya, Syazila Zailani, 30, cedera parah selepas kenderaan itu hilang kawalan.

"Berdasarkan siasatan, penumpang yang cedera memaklumkan mereka berdua dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur dan apabila sampai di kawasan itu, kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu kemudiannya terbalik dan terbakar. Mangsa sempat selamatkan diri manakala rakannya tidak dapat keluar dipercayai tersepit. Mangsa yang maut hanya berjaya dikeluarkan anggota bomba setelah api dipadamkan, namun disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Muhamad Zaki berkata Syazila yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar manakala mangsa yang maut dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS