Seorang wanita melecur lebih 80 peratus selepas tong gas memasak di kediamannya meletup menyebabkan rumah teres dua tingkat di Solok Pantai Jerjak, Taman Pantai Jerjak, Bayan Lepas dekat Georg Town terbakar awal hari ini.

Eilyn Chua, 38, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Eilyn yang tinggal bersama ibu dan ayahnya yang berusia 80-an sedang tidur.

Pegawai Operasi Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Nafis Ariff Abdullah berkata kebakaran akibat letupan gas itu menyebabkan 90 peratus bahagian bawah rumah itu hangus manakala tingkat atas hanya 40 peratus terbakar.

"Ibu dan bapa wanita itu sempat keluar dari rumah sebaik letupan berlaku," katanya hari ini.

- Bernama