Selepas beberapa pemimpin pembangkang, termasuk anggota DAP dihalang daripada ke Sarawak, Setiausaha Agung Lim Guan Eng membuat keputusan untuk menaiki penerbangan ke negeri itu.

Sambil memberi notis awal, Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan mengambil penerbangan Air Asia pada jam 7:05 pagi esok menuju ke Kuching.

Beliau akan diiringi oleh anggota exco kerajaan negeri Chow Kon Yew.

Sebelum ini, Lim menulis kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memintanya untuk membenarkan anggota DAP ke negeri itu kerana kehadiran mereka adalah berdasarkan aktiviti politik yang sah.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata Adenan masih belum memberi tindak balas terhadap surat yang dihantarnya pada Selasa lalu.

Lim juga mengingatkan rakan sejawatannya di Sarawak bahawa menghalang mereka yang tidak melakukan sebarang jenayah adalah satu penyalahgunaan kuasa.

"Kami hormati dan menyokong autonomi Sarawak dalam hal-hal imigresen.

"Tetapi kenapa semata-mata melarang pemimpin pembangkang dan hanya membenarkan mereka memasuki selepas pilihan raya negeri? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?" soal beliau.

Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini manakala penamaan calon berlangsung pada 25 April .

[Baca berita penuh]