Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan Nazir demi integriti CIMB
Diterbitkan:  Apr 18, 2016 2:14 PM
Dikemaskini: 1:16 PM

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan sedang bercuti bagi membantu semakan dalaman berkaitan pemindahan wang AS$7 juta yang dilapor diterima daripada abangnya Datuk Seri Najib.

Nazir berkata, jika beliau tidak bertindak demikian, bank itu tidak dapat beroperasi pada tahap integriti tertinggi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena mesyuarat agung tahunan bank itu yang ke-59 hari ini.

Sebelum ini, cuti sukarela Nazir itu didedahkan rakan korporat rapatnya Tan Sri Tony Fernandes, ketua pegawai eksekutif AirAsia.

Class act by Chairman of CIMB Nazir Razak. Voluntarily has taken leave from today to allow an independent investigation into the 7 million transfer. For the benefit of good corporate governance and transparency

A photo posted by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

Akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini memetik Nazir sebagai mengesahkan menerima jumlah wang berkenaan daripada abangnya yang juga perdana menteri.

Wang itu kemudian dilapor diagihkan kepada ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

Bagaimanapun, Nazir memberitahu WSJ bahawa beliau percaya wang itu sumbangan daripada syarikat korporat dan individu di Malaysia untuk kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti jika dana itu daripada sumber lain.

Beliau kemudian menulis di laman sosial Instagram dengan mengaku tidak sepatutnya bertindak demikian.

Tengah hari tadi, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS